CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

Hidup

Hari ini cukup 18 TAHUN 16 HARI aku melihat dunia . Syukur Alhamdulillah buat yang Maha Menciptakan . Pemilik sekalian alam . Terima kasih kerana meminjamkan nafas ini untuk aku terus hidup sehingga hari ini . Hidup bukan untuk sia sia . Tapi terhembusnya nafas ini bersama tanggungjawab yang dipikul . Tanggungjawab sebagai hambaNya . Hamba DIA . Yang Memiliki . SubhanAllah !

18 TAHUN 16 HARI 
satu jangka masa yang cukup lama . Tapi , adakah 18 TAHUN 16 HARI itu penuh dengan amal amal ibadah yang dituntutNya ? atau sekadar dosa yang menyelimut diri ?? Wallahualam . Tepuk dada tanya iman .

Setelah 18 TAHUN 16 HARI , pastikah akan ade hari yang ke 17 itu ? PASTIKAH ?? Allah sahaja yang mengetahuinya . 
Itu bererti kita tidak pernah tahu akan ada hari itu atau tidak . Mungkin saja , selepas ini tiada lagi Solat Maghrib untuk kita . Mungkin saja ini Solat Asar kita yang terakhir . Allahuakbar !!!

Manusia memang  tak lari daripada melakukan kesilapan . sebab itu Allah sediakan pintu Taubat untuk hambaNya . Untuk hambanya kembali semula ke jalan yang benar .. Sungguh , Allah pencipta Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Maaf . SubhanAllah !

Ya Allah , ampunilah hamba Mu yang tersangat hina ini . 



No comments:

Post a Comment