CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 30, 2011

Ucapan


Salam Eidul - Fitr buat semua umat Islam . Ampun dan maaf di pinta daripada semua yang mengenali dan dikenali andai ade salah dan silap samada sengaja mahupun tidak sengaja . hamba insan yang lemah . sentiase buat silap . Ampunkan lah saya okey .

Harap semuanya sihat belaka untuk menyambut hari lebaran bersama sama . Sepatutnya raya hari rabu kan ? Hmmmmm . entah la . kerajaan pulak yang tetapkan kita raya kan ? dah tak payah tengok anak bulan gamaknya . huhuhu

Hoping for the best THING happen TOMORROW .

okey semua . SELAMAT HARI RAYA :)

#peacenowar :|


Monday, August 29, 2011

Ade maksud tersirat

Terawih terakhir telah selamat aku tunaikan .
Bererti Ramadan semakin tiba ke penghujungnya .
Sekarang hujan turun mencurah curah .
Mungkinkah ia berkaitan ?
mungkin ...
Alam menangisi Ramadan yang hampir tiba ke penamatnya
Allahuakbar !

Seakan ku rasai kesedihan itu .
Seakan ini Ramadan ku yang terakhir 
Seakan aku bakal kehilangannya selamanya .
Ya Allah !


Sunday, August 28, 2011

# Seandainya Ini Yang Terakhir

dalam perjalanan yang mengulang
musim ke ruang
ramadan demi ramadan
sebagai siri sebuah kehidupan
seakan setiap kedatangan
dan kepulangan
menjadi sekadar sebahagian
kalendar tanpa perubahan
tiada apa-apa kesan
ke penghujung usia dan zaman

amalan dari kebiasaan
ibadat sebagai kebudayaan
menterjemah dengan kedangkalan
bahagia kita dalam ignoran
tahun demi tahun berpanjangan
jejak pun semakin kependekan
kerana dalam kemeriahan
hujungnya satu perayaan
pahala pun berdebuan
tiada apa yang menjadi bekalan
dari setiap ramadan
sekadar catatan kenangan
kelaparan dan kedahagaan

Sendainya Ramadan ini yang Terakhir
apakah masih sahaja mungkir
bermain dengan kejahilan diri
membakar sisa rohani
tenggelam dalam suasana
untuk menginsafi seketika
dan terlupa dalam leka
menghitung harga dunia
bahawa esok lusa
kita hanya tinggal sekujur nama!


Credit to : Fudzail

Friday, August 26, 2011

# muhasabah sesame

PERKONGSIAN HARI INI:
Walau sesunyi mana pun malam yang engkau lalui,

sebaik-baiknya janganlah biarkan malam tersebut
sunyi tanpa ayat-ayatNya dari lisanmu,
sia-sia tanpa amalanmu
dan terbazir tanpa usahamu dalam mencari redha Allah...

Sesungguhnya ramadhan masih belum berakhir, maka jangan sia-siakan masa yang tinggal untuk terus mencari redhaNya...

Kini tak perlu membuang masa untuk mengambil tahu bilakah malam Lailatul Qadr,
Sebaiknya ambil tahulah di manakah diri kita kini sebenarnya...

Masih jauh tersimpang atau sudah kembali ke pangkal kebenaran...
Beramal kerana Allah atau beramal hanya kerana bulan Ramadhan...

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam manusia yang mensyirikkan cintaNya, lebih-lebih lagi pada zaman kini di mana cinta adalah segala-galanya,
di mana manusia telah dikaburi dengan cinta-cinta palsu,
tanpa cuba berusaha untuk keluar daripada belenggu cinta tersebut untuk mencari cinta yang hakiki dan sejati...

Sungguh, Allah sentiasa mencintai kita...
jangan jadikan cintaNya



Copy paste daripada sahabat FB

Permata Yang Di Cari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




Thursday, August 25, 2011

Rintihan Jiwa

Di dalam dada ada rasa cinta kita
Di dalam jiwa ada rasa sayang bertakhta
Keluhan hamba pasrah hanya padanya
Kerna dia adalah pencipta segala

Di dalam dada ada rasa cinta di dalam jiwa ada rasa sayang
Keluhan hamba pasrah hanya padanya kerna Dialah Pencipta segalanya

Cintailah setulusnya semurni sufi beruzlah
Meratap menagih maghfirah dari tuhannya
Sejernih embun menitis sesejuk salju memutih
Bagaikan iman yang disirami takwa

Tuhan rahmatmu menggunung kasihmu abadi
Tiada penghujungnya
Tuhan hinanya hambamu mengecapi nikmat tanpa rasa malu
Walau secangkir syukurku di nodai dosa hiasan hidupku

Wednesday, August 24, 2011

Ketika Cinta

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Sunday, August 7, 2011

#Ramadan kareem

Bismillahirahmanirahim .

Assalammualaikum :)

pejam celik pejam celik , dah tujuh hari kita berpuasa kan .
tak terlambatkan kalau aku nak ucap selamat berpuasa ?

░░░░░░░░░░░░░░░░█▀▀█░░░░▀░░░█░​░░░░▀░░░░░░░░░░░
░░░█▀█░░░░█░░█░░█▄▄▄░█░░░░█░█░​█░█▀▀▀█░░░█▀█░░█
█▀▀█▄█▀▀▀▀▀░░█▄▄▄▄▄█░█░░░░█░▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀█▄█░░█
█░░░░░░▀░▀░▄▄█░░░░░░░▀▀▀▀▀▀░░░​░░░░░░░░░░░░░▄▄█

Selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat . 
semoga ibadah kita sentiase diredhai dan terima oleh Allah SWT . 
InsyaAllah same same kite berdoa okey :)

aku dapat tulis blog ni pun sebab "cuti" . 
kalau tak dah lame aku pergi surau sembahyang terawih . hmmmm . 
dah berape hari tak dapat sembahyang terawih .
perasaan yang pelik . rase macam tak sabar sabar . 
nak sembahyang terawih semula . 
rase macam " cepat , cepat . tolong lah cepat " rase macam hati aku meronta ronta macam tu . hmmmmm #weirdo

awal ramadan hari tu baru mule makan VCO . hmm , mungkin ape yg jadi ni tindak balas dari supliment tu . hmmmm .
have nothing to say .

next i will write more .

bye and assalammualaikum :)