CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Boleh ke ?

Jumaat ni . aku nak ikut ayah aku pergi johor . [specifik : felda tenggaroh ] . felda tu awesome giler okey . *nak tahu ? pergi sendiri . I love the morning breeze . huhuhu . sejuk gilak . hehehe

TETAPI , ayah bagi ke aku ikut ? huaaaaaaaaaaa ! stress giler nii nak cakap ngan ayah nak ikut . *bende senang jeee . tapi bukan pada aku . pada aku susah . susah nak bagitahu ayah yang aku nak ikut same . Duh ! takut ade ter-salah-anggap-an . hahahahaah . *what ? nothing . only me know okeyh :)

Already 12 . Im still typing on the keyboard . Have to wake up early tomorrow morning ! huaaaaaaaaaaaaaaaaa ! malas ! taknak pergi sane . taknak ! okey . taknak . 

# mate aku dah macam panda . around 2 weeks tido tak tentu mase . lebih tido . kurang tido . haiih ! im useless right now :(

byeeeeeeeeee

Monday, September 26, 2011

Tetiba


tiba tiba . aku rasa CINTA . fullstop (!)

# sejuknya . baru lepas hujan :)

Bersyukur

Bsyukurlah pd org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bsyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bsyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bsyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,

Bsyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri,
Bsyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2,
Bsyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai,
Bsyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti ♥ ^_^



# aku kelu . MasyaAllah :)

Sunday, September 25, 2011

Rasa

Aku tersentuh . tu sebab ada airmata .
Aku terasa . tu sebab ada sakit hati .
Aku lemah . tu sebab aku pasrah .
Aku menangis . 
menangis
menangis 
dan terus
menangis .
untuk ape ?
merawat hati yang terluka ?
Ayahku , Ibuku , Abangku , Kakakku 
kamu semua kene tabah .
Tiru macam saya .
HEHEHEHE
Kita tahu kita benarkan ?
memang kita benar . 
mereka tidak tahu . kita tahu kan ?
kita jangan sedih sebab mereka okey
kita jangan sedih !
kita kene percaya Allah itu bersama hambaNya . 
Allah tahu niat kita .
Allah tahu segalanya .
Kita berdoa okey . 
Untuk kesudahan yang baik dari sisi Nya .
Sayang kamu semua . 


Saturday, September 24, 2011

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Perubahan

Hari ini aku lebih tenang menghadapinya .
Bagai ada suatu kekuatan untuk aku melawan amarah di hati dengan tidak bertindak dengan emosi .
Terima kasih Ya Allah !

Sanah helwa . semoga Allah merahmati mu selalu . dan kurniakan kesudahan yang baik buat diri mu . DOA ! insyaAllah . ianya pasti akan jadi milik mu dengan kehendakNya . amen amen amen !

# bangkit HIDAYAH ! yes ! you can do it :)

Thursday, September 22, 2011

Barangkali

Mungkin Allah berikan rasa 'sakit' ini untuk aku kembali kepadaNya .
Dia mahukan aku mengingatiNya kembali .
Setiap saat dan ketika .
Dalam segala amal dan ibadah yang aku lakukan .
Barangkali mengingatkan aku yang telah beransur ansur pergi cuba melupakanNya .
Mungkin .
Kita tidak tahu . 
Allah tahu segala yang di rancang .
Baik dan buruknya pada kami pasti ade hikmah terindah yang cuba Dia berikan . 
SubhanAllah .
Aku alpa seketika .
Dia mengingatkan aku kembali dengan amarannya .
Terima Kasih Allah !
Aku redha dengan seikhlas hati terhadap ape yang kau berikan ini .
Pasti ade hikmah tersembunyi yang tidak hambaMu ini ketahui . 
Semoga hatiku tetap bersamaMu , Allah ! Allah !

# ikhlaskan hatimu wahai HIDAYAH :) ade pelangi yang akan muncul kelak :)




Saturday, September 17, 2011

Happy Belated Birthday :)


# dia punye birthday lah ! 

Happy Birthday sahabat . Birthday kau semalam kan ? tapi aku cuma sempat nak buat entry untuk kau hari ini . hehehee
Have a blast :)
May Allah bless you always :)
Semoga sentiasa menjadi insan berguna di sisi Allah dan hambanya . aminnnn

okey lah . peace -_v

Monday, September 12, 2011

Ayah :)

Assalammualaikum :)

Hai I'm here ! lol ! kau pikir kau artis . nak bagi tahu kau ade kat sini . bajet ade orang bace blog kau pulakkk . huhhu

Happy Birthday , Ayah ! I love you so much , much , much and muchhhh ! 

#my daddy , I love Him :)

Semoga diberkati oleh Allah dengan umur yang di beri . bermanfaat hendaknya .
Semoga hidupmu sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa .
Semoga hari hari yang dilalui dihadapi dengan penuh ketabahan dalam mendepani sikap KAMI anakmu ini .
Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah dengan berkat-Nya .
Semoga dan semoga ceria selalu . #peace

Hari ni kami sekeluarga buat jamuan makan di rumah . yeah ! freaking tired baby ! 
baru je selesai berkemas kemas pinggan mangkuk and sewaktu dengannya . penat gilak ! kalau ade orang nak massage badan aku memang aku tadah jelaa . tu pon kalau ade lahhh ! huhuhu . ohh lupe . majlis ni di buat sempena Hari lahir KAMI ? who ? 
Hafizzudin : 10/9
Ayah : 11/9
Afiq : 15/9
Dayah a.k.a Aku : 24/9 
sambut ramai ramai . best tuhhh ! hahaha 

Pasal pic yang kononnya nak aku snap banyak banyak atas permintaan kak ipar aku tu , entah ke laut jeee . kamera kemana , gambar ke mana . Mak buat sorang sorang . sian kan ? so , aku tolong lah ape yang patut . tak dapat den nolong nya . maybe abg long ade snap beberapa pic kot . entah la , tak dapat aku pastikan . nak bukak kamera pon rase malas dah . sebab dah bersedia nak ke Alam mimpi ni . huhuuu

okeylah . tu je kot yang nak aku merepekkan malam ni . Btw , HAPPY BIRTHDAY , AYAH ! ...again :)


Friday, September 9, 2011

Penyakit



Dah dua hari aku begini . berkurung dalam bilik . pagi petang siang malam . bermakna dah dua hari aku tak bercakap . cuma bercakap dengan anak buah aku jee . entah kenapa , kali ni aku sangat sangat terasa . terasa dengan siapa ? hmmm . biarlah aku je yg tahu . bila pikirkan pasal tu , tak pasal pasal airmata jatuh . sedih sangat la tu . hmmmm . dah lama aku tak macam ni . dulu nasihat kat hati sendiri supaya jangan terlalu sensitif or terasa sebab nanti jiwa aku yang merana . sekarang , terjadi lagi . hmmm . 

sekarang aku dingin dengan semua orang . bercakap ngan aku macam bercakap ngan tunggul . sebab aku tak bagi respon . entah laa . orang kalau hati tengah sakit memang buat macam ni ke ? 

#memang tak memahami lagi sikap sendiri yang satu ni .

hari ni okey dah kot . aku tak berkurung dalam bilik tapi takde suara lagi yang keluar . hmmm =__="





Tuesday, September 6, 2011

" Saya tak tahu nak bagitahu macam mana , tapi abg dengar yeee ... " - Isteri kepada suaminya .


Cintaku adalah lautan yang airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda .
Cintaku adalah udara yang engkau sedut sekalipun di bawah sedar .
Cintaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam , yang akan setia memerhatikanmu .
Cintaku adalah cinta yang tidak akan di binasakan oleh mana mana kuasa kecuali Allah .
Cintaku adalah kesetiaan yang abadi .

Sunday, September 4, 2011

Nadamurni-Dimana Ketenangan ( Where's Peace )



semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan 
kerana ia fitrah semulajadi manusia 
dimana ketenangan dan dimana bahagia 
pada harta pangkat dan kuasa atau pada kecantikkan wanita
kalau disitulah kebahagiaan 
mengapakah jutawan berpenyakit jiwa 
kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi saja 
mengapa yang punya kuasa berkrisis saja 
mengapa gila wanita selalu kecewa
dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia 
sudah lama manusia mencari tiada jumpa 
terumbang ambinglah mereka 
ditengah kemodenan hidupnya canggih tapi jiwanya tersisih sedih 

manusia kehilangan kebahagiaan walau sentiasa memburunya 
yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan 
harta pangkat dan kuasa jua wanita 
semuanya menipunya manusia kecewa dimana-mana
dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia 
ya Allah itulah Tuhan sumber kebahagian 
kenali dan cintailah Allah kerana Allah menyintai kita 
cintakan Allah tiada kecewa
beriman kepada Nya dan sembahlah Dia 
ikuti syariat Nya tawakkallah kepada Nya 
mintalah kepada Nya berbaik sangkalah kepada Nya 
itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara 
nikmat bahagia pasti dirasa
#dimanakah ketenangan itu ?

Saturday, September 3, 2011


Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.



Happy Birthday



Selamat Hari Lahir yang ke 19 . 
have a blast day . 
semoga Allah merahmati kamu sentiase .
semoga kamu sihat sentiase .
semoga kamu ceria dan gembira selalu di samping orang tersayang walaupun hidup ni memang sentiase di landa dugaan yang Allah berikan .
semoga hadapi hari depan dengan tabah dan sabar . don't look back ! 
saya sayang awak  # overkan?takpe.hari ni je.hari lain awak takkn dengar saya cakap lagi.

you know me well . 
okeylah . 


wassalam :)
#peacenowar -.-