CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 26, 2011

Rabu

I have the answer . Sebab sebab dia seakan menjauh dari aku .

Terima kasih Allah untuk menggerakkan hati aku untuk buka Fb dia . :)

Tuesday, October 25, 2011

Hijrah

Aku cuba sedaya upaya
Cuba untuk menjadi lebih baik
Cuba dan terus mencuba
Dalam mencuba , aku lupa yang aku sedang mencuba
Aku tersasar ... jauh .....
Seketika ....
Aku kembali semula ke niat sebenar selepas tersedar
Aku cuba dan cuba lagi 
Segala yang lain tidak aku endahkan 
Matlamat aku cuma satu 
Apa yang telah aku niatkan ini .

Ya Allah , aku mahu dan tersangat mahukan penghijrahan ini . Satu yang aku pasti , Engkau juga merestui penghijrahan aku ini . Tapi , aku perlukan kekuatan , semangat untuk teruskan niat aku ini . berikanlah aku kekuatan ku ini Ya Allah . Aku takut andai niat ini tidak dapat aku tunaikan sehingga ke akhirnya . 
Ampuni hambaMu ini Ya Allah :)




Monday, October 17, 2011

Sedar

Kita fikir kitalah manusia yang paling malang bila di timpa bencana , bila Allah turunkan sedikit ujian pada diri kita . Tapi pernah ke kita fikir mengenai orang lain ? betapa malang itu sering mengunjungi mereka . pernah ke ? Tidak ! itu sebab bila kita diberikan ujian itu , kita fikir kitalah manusia paling malang .

Sesekali cuba letak diri kita pada orang lain . Jangan asyik fikirkan yang kononnya kita sahaja yang TERmalang , padahal ada lagi manusia yang tidak bernasib baik malah lebih teruk dari itu .
Ini cara aku atasi rasa sedih bila mengenangkan diri yang kurang bernasib baik . Bandingkan diri kita dengan mereka . Pasti kita akan beristigfar memohon ampun kepada Allah . Allahuakbar !!

Terima kasih Tuhanku :)

Fresh

Coming back from holiday . with my family . to Johor Bharu . even penat ke hulu dan ke hilir *maksudnyaye bersiar siar lah . tapi happy sangat . dapat habiskan masa bersama keluarga . have a lot of pictures to share but the DSLR already taken by the owner . tak sempat copy pic . next time okey :) wakakakakakakaka

Home sweet home .

Let bygone be bygone .

Now , gembirakan , ceriakan , warnai hidup ini semula .

* tersenyum lebar sambil menulis entry ni . happy sangat !! :)

Tuesday, October 11, 2011

Dongeng

Dah 18 tahun , aku tak pernah berpisah dengan keluarga . kalau berpisah sekejap tu adelaa . tu pon boleh di kira dengan jari . Bukan aku yang tak boleh berenggang dengan keluarga tapi ayahku yang tercinta itu tidak benarkan aku . 

Since sekolah rendah lagi , kalau ade ape ape aktiviti persatuan or sukan macam kem - kem tu , tak pernah dapat kebenaran pergi . sampailah aku habis sekolah menengah ni , still macam tu jugak . bila dapat jee , surat kebenaran ibubapa untuk mengikuti kem ke ape ke , memang tak berharap dah . dah tahu dah jawapan dia . so , bila dapat tu , memang tak de bagi lagi kat ayah . sebab dah tahu jawapannye kan . sia sia jee . 

kalau berpisah tu , ade lah dalam tiga empat hari . mase sekolah rendah tu , after UPSR ikut rombongan sekolah ke KL . 2 hari 1 malam . dah naik sekolah menengah , tu pon mase sepupu aku yang Johor tu kahwin . aku ikut sepupu aku tu pergi Johor awal seminggu . parents aku pergi mase sehari sebelum majlis . LAIN ? rasenye takde lagi . kem kem lain mane pernah join . jangan harap . pernah satu hari tu , aku nak tidur rumah sepupu aku yang perempuan , ayah datang rumah sepupu aku tu pukul 1 pagi . sepupu aku ckp la aku dah tidur *bohong sunat . hihii tapi ayah aku suruh kejutkan jugak . perghhh !!! selepas selepas tu , bila tanya je , jwpnnye terus TIDAK . No kompromi . Adeh !!

Sekarang , aku tak tahulah aku ni mengade ngade sangat atau ini adalah kesan kejadian kejadian di atas . Mase mula mula masuk Matrikulasi , wahhhhh ! dalam otak ni bayangannya cuma ape yang ade di rumah . mak , ayah , anak buah semua , akak , abang , masakan mak , bilik tidur kat rumah , and what so ever yg ade kat rumah ni . okey , lepas tu , study tak fokus . masuk kuliah , jasad je dalam bilik kuliah , minda ni dah sampai ke rumah . bila buat tutorial jeee , mula dah gelabah . sebab tak tahu . Damn ! bila malam je , mula lah drama swasta . drama airmata . serius memang tak dapat kawal perasaan . sampai tekup muka dengan bantal sebab taknak bagi roomate dengar . padahal dengar jugak . ciss ! hahahaha . Its end there .

Mase kat Unifield pulak , masuk pulak bulan puasa . Pehh ! 1st time berbuka tanpa keluarga . Sedih weh . makan nasi pon sambil menangis . gila sedih . yelah , dah la baru masuk , belum ade kawan , roomate pulak semua senior , berbuka luar gamaknya . last last buka sorg kat bilik bertemankan nasi air mata . wakakakakaakaka . esoknye aku nekad . gila aku nak hidup hari hari macam ni . kolej ni tak sistematik langsung . Entah macam pape ! Punggah barang , start enjin ( drive pi kolej mase tu ) terus balik rumah . HEAVEN ! HEAVEN ! * bila dah sampai rumah .

Sekarang ni , aku kene biasekan ape bende yang aku tak biasa tu . supaya pisang tak berbuah untuk yang ke tiga kalinya . HAHAHA ! Go Dayah Go ! You can do it ! Are you ? * Yes, I can !!!


Monday, October 10, 2011

Hidup

Hari ini cukup 18 TAHUN 16 HARI aku melihat dunia . Syukur Alhamdulillah buat yang Maha Menciptakan . Pemilik sekalian alam . Terima kasih kerana meminjamkan nafas ini untuk aku terus hidup sehingga hari ini . Hidup bukan untuk sia sia . Tapi terhembusnya nafas ini bersama tanggungjawab yang dipikul . Tanggungjawab sebagai hambaNya . Hamba DIA . Yang Memiliki . SubhanAllah !

18 TAHUN 16 HARI 
satu jangka masa yang cukup lama . Tapi , adakah 18 TAHUN 16 HARI itu penuh dengan amal amal ibadah yang dituntutNya ? atau sekadar dosa yang menyelimut diri ?? Wallahualam . Tepuk dada tanya iman .

Setelah 18 TAHUN 16 HARI , pastikah akan ade hari yang ke 17 itu ? PASTIKAH ?? Allah sahaja yang mengetahuinya . 
Itu bererti kita tidak pernah tahu akan ada hari itu atau tidak . Mungkin saja , selepas ini tiada lagi Solat Maghrib untuk kita . Mungkin saja ini Solat Asar kita yang terakhir . Allahuakbar !!!

Manusia memang  tak lari daripada melakukan kesilapan . sebab itu Allah sediakan pintu Taubat untuk hambaNya . Untuk hambanya kembali semula ke jalan yang benar .. Sungguh , Allah pencipta Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Maaf . SubhanAllah !

Ya Allah , ampunilah hamba Mu yang tersangat hina ini . 



Sunday, October 9, 2011

Kata

Dalam keyakinan mempertahankannya , wujud rasa was was di hati .
Apakah benar apa yang ku pertahankan ini adalah kebenarannya ?
Adakah dia yang salah , atau aku yang salah perkiraan ?
Apakah kebenaran itu bersama kami , atau itu hanya mainan perasaanku ?

Sebelum tidur semalam , aku menangis memikirkan andai ape yang aku anggap sebagai kebenaran itu hanyalah mainan perasaan aku semata mata . Hakikatnya , itu semua adalah salah belaka . 

Ya Allah ! apakah benar keraguanku ini ? Ampunilah hambamu ini ya Allah !! :'(

Andai ini hanya bisikan bisikan dusta , kau hilangkanlah ia jauh dari fikian ku . Amennn :)

Saturday, October 8, 2011

Impian

Semua orang ade impian kan ? 
Tidak terkecuali juga buat diri ku .

Salah satu impian aku ialah ....... jeng jeng jeng . hehehe
aku nak belajar bahasa Arab dan bertutur dalam bahasa Arab . 
nampak macam mudah je kan . tapi sampai sekarang tidak tertunai jua impian yang satu ini .
Semoga suatu hari dan ketika , aku bernafas lagi dengan tertunainya impian ini . InsyaAllah :)

Fikir

Seringkali ku ingatkan pada diri tatkala hati terasa
Mungkin itu cuma mainan perasaan 
Itu cuma bisikan bisikan si syaitan durjana .
Istighfar lah wahai diri .
Ingat DIA selalu wahai diriku . 
Susahmu dan senangmu , Ingatlah DIA .

Pilih

Satu sahaja pilihan yang kau ade . Pilihlah antara dua ini :

[ DUNIA atau AKHIRAT ]

PILIH !

Sunday, October 2, 2011

Minda

Kalau nak bicara tentang rasa , pasti banyak yang hendak di perkatakan saat ini . Saat ini hati aku melalui waktu kemuncak perasaan . Gembira . Sedih . Marah . Rindu . Kasih . Dendam . Benci . Kalau terus di perkatakan pasti panjang ceritanya . 

Entah kenapa . Hati ini sangat nipis dinding kekuatannya . Mudah sekali tersentuh . 

Adakah sejarah akan berulang semula ?

Wajarkah kami diperlakukan begini ?

Merekakah gerangan yang berbusuk hati ?

SubhanAllah ! Niat baik ini ditolak dengan KESAN kerosakan hati itu .

Manusia memang tak pernah sedar . Tidak berpijak di bumi yang nyata mungkin .

ahhh ! pedulikan manusia manusia yang berakal singkat itu .

Mereka dengki ? busuk hati ? Wallahualam . Hanya Allah Yang Maha Mengetahui .

Saat saat ini , aku rasa bersyukur , apabila ujian melanda jiwa dan jasad , aku merasa aku semakin dekat denganNya . merasa ini adalah salah satu doa aku yang telah Allah makbulkan . Ya Allah ! hinanya hambaMu ini . terasa kerdil untuk Kau kabulkan segala permintaan ini . SubhanAllah !! Terima Kasih Allah . Aku bersyukur . 

# Adulah segala rasa hatimu kepadaNya . Dia pasti dan akan mendengar segala rintihan hati itu .