CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 15, 2012

Semester Dua dah pon

Bismillah..
Assalammualaikum .

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah diri ini bernafas lagi . dan alhamdulillah , sempurna. tiada cacat nya . 

Selama beberapa bulan menghilangkan diri daripada berblogging , akhirnya kembali semula hari ini . Sepanjang itu , pelbagai dan bermacam perkara terjadi yang dapat mendidik diri ini supaya menjadi hambaNya yang sebenar benar hamba, 

Kini aku telah pun bergelar mahasiswi UITM , Diploma in Accountancy , Semester 2. Perjalanan masih jauh lagi untuk mendapatkan gelaran seorang Akauntan. Mempelajari sesuatu yang luar daripada kefahaman kita memang sangat mencabar ketahanan otak untuk berfikir. Yela dulukan aku budak sains mase kat sekolah menengah dulu. tiba- tiba tercampak dalam kalangan budak diploma akaun. Masa mula- mula semester satu yang lepas agak ke- blurr-an ( bukan kebuluran yee ! ) la jugak belajar akaun. sebab dalam kepala ni zero pasal akaun. Tetapi , kan ade pepatah mengatakan " Siapa yang berusaha, dia akan berjaya ". Alhamdulillah , Allah tidak pernah menghampakan hambaNya yang berusaha dan berdoa kepadaNya :)

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-6 semester 2 . Quiz dan Test berlambak- lambak mintak dijawab. HAHA! Semester 2 ni agak tough la jugak bagi budak yang tak faham ape itu ekonomi, ape itu business, ape itu statistic, ape itu tamadun dan ape itu PPE ( tunjuk jari kat diri sendiri ). Harapnya semuanya berjalan dengan lancar dan setiap akhir semester dapat tengok mak ayah ketawe gembira tengok slip exam XD

Semester baru , roomate pon dapat yang baru. Agak menguji ketahan iman la jugak . bila dapat environment baru yang tidak sejajar dengan environment kita yang sebelum ni. It's okey , Allah is always with me. Bersyukurlah dengan seadanya. Allah menguji hambaNya dengan memberikan apa yang tidak hambaNya sukai. Take it as challenge bebeh !

Sesuatu yang aku sedari mengenai diri ini semnjak dua menjak ini . KURANG BERCAKAP. Orang kata, orang yang kurang bercakap ni sama ada dia memang pendiam ataupun dalam kepalanya sedang memikirkan sesuatu. Yup ! Aku sedang memikirkan tapi bukan sesuatu. sebab banyak sangat benda dalam kepala ni nak di fikirkan. Mood belajar pun kejap ade kejap takde. Semangat belajar pun kejap berkobar- kobar kejap merundum. Oh Allah ! Berilah aku kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam melalui hari- hari yang mendatang :D

Belajar daripada masa lalu. Belajar mengeluarkan pendapat sendiri. Belajar mempertahankan hak sendiri. belajar berkata benar walaupun sukar untuk meluahkan. Belajar untuk menerima seadanya. Belajar untuk mencintaiNya sebelum mencintai hambaNya. Aduh ! terlalu banyak yang perlu dipelajari lagi. Ingat ! setiap hari- hari kita ini , kita sedang belajar. 

Last but not least, aku sangat sangat merindui mak dan ayah . Wahai angin yang bertiup, bawalah bersama rasa rinduku ini untuk kau pupukkan buat mak dan ayah ku .... # ilymakayah #

p/s : 6 hari lagi nak Ramadan. Semoga Allah sampaikan kita semua kepada bulan Ramadan. Ramadan Kareem !:)